Create your own banner at mybannermaker.com!
:::WELCOME TO HELANG MERAH OFFiCiAL WEBSiTE:::
Chapter 2
sebelum penulis menulis apa yang mahu ditulis, penulis ingin menyampaikan sedikit pesanan buat ahli ahli helang merah yang lain ; sila dapatkan password blog ini dari moga, ayub atau aku dan update blog ini sebelum aku ketuk kepala korang. terima kasih.

dalam perjalanan kami menempuh alam dewasa, banyak suka duka gelak ketawa hilai mengilai dan tacing menacing yang kami lalui. namun memandang kan 97% daripada ahli HM adalah lelaki, sesi terapi, atau yang lebih dikenali sebagai luahan perasaan adalah jarang sekali diadakan. maka adalah antara kami yang menyimpan duri duri selumbar segala dalam hati hati sendiri. saya sebagai wakil HM ingin memohon maaf kepada mana mana antara kita yang ada berkecil hati dengan siapa siapa antara kita dalam mana mana acara tak kira kecil atau besar. kita tak perlu tunggu hari raya untuk minta maaf. bila bila pun boleh. jadi penulis pilih hari ini. sebab sekarang tengah hujan, dan sejuk sejuk ni, ditemani oleh toto hijau yang suam ni, rasa macam sesuai pula untuk minta maaf.

yang keduanya, kami ahli ahli HM akan mengambil ujian 1 semester 3 bermula khamis ini. penulis ingin menyampaikan ucapan selamat kepada semua yang akan turut sama mengambil paper ini. sama ada suka atau tidak, lumrah seorang pelajar ; dimana ada universiti, disitu ada kertas periksa. jadi sama sama lah kita beraksi di dewan periksa dan membuktikan bahawa kumpulan pelajar yang suka bersukaria juga mampu bersukaria dengan resultnya. good luck semua !


yang paling hensem di alam semesta,
kak long/kak cik/intanpayung/faiqah.

:)
Chapter 1
Helang Merah sedang melalui tempoh hiatus diamana kami kurang menjalankan aktiviti luar tanpa permit macam selalu. Hal ini disebabkan oleh kekurangan idea dan kekurangan kudrat untuk bersuka ria. Syllabus subjek subjek sem ini yang susah dan payah merupakan antara faktor sampingan lain yang menghalang kami melakukan aktivit keluarga. Jadi saya ingin berkongsi antara aktiviti sukaria kami, bersama.

Antara tempat yang paling banyak menjadi port untuk lepak adalah kedai makan. hampir semua kedai makan di taman maju telah kami terokai. bagi kami, tempat makan yang hebat adalah penting bagi menghasilkan pengisian perbualan yang mantap. kami always makan sekali. penting tu. bagi menjamin ukhwah yang padu. perkongsian hasil tembakau adalah perkara normal. lu kedekut dengan gua, gua kedekut dengan lu dua kali ganda ; merupakan polisi kami. namun helang merah belum lagi ada family member yang kedekut. helang merah kan best :D




seterusnya, ada antara kami yang mempunyai hobi hobi hebat seperti memancing yang dibawa kesini. selalu lah juga budak budak ni pergi geledah sumber air di tronoh ni dan mendapat hasil hasil yang seronok dilihat. kalau lumyan, makan besar lah kamiii. kan mail ? :D



kami juga bnyak meluangkan masa ditempat snooker sebelah universiti kami. bangunan tersebut didirikan, kurang 200 meter dari pintu depan utp. adalah satu pembaziran yang padu kalau pusat snooker itu tidak digunakan sepenuh oleh kami, yang duduk sebelah aja ni. selalunya kami kesana dalam seminggu sekali. sampai yang tak reti main pun jadi power gile. nge.

kadang kadang kami ada meluangkan masa di tempat gokart kat setiawan tu. walaupun kami semua tahu kami akan dibantai ayub lagi dan lagi, kami belum muak lagi. sekadar suka suka. jarang juga buat. tapi seronok lah.

lagi satu aktivit yang dah semakin jarang kami lakukan adalah karaoke. ramai antara kami yang mempunyai bakat terpendam luar biasa yang sudah muak dipendamkan. disinilah tempat kami bermadu asmara dengan mic dan melontarkan vokal vokal menakjubkan bagi memuaskan hati. juga dekat dengan universiti kami .


bagi mengurangkan rasa rindu pada bilik karaoke, kami menumbuhkan hard rock cafe kami sendiri.juga termaktub dalam antara aktiviti masa lapang kami.



selain daripada tempat tempat lepak yang selalu , antara tempat tempat menarik di sini yang telah kami lawati ialah;

air terjun ulu chepor, chemor. tak boleh nak cerita sebab tukang tulis tak pergi. pffft.

teluk batik. for some reasons, aku takjumpa gambar. cis.

the lost world of tambun.


ada banyak lagi aktiviti yang telah kami jalankan tapi tak sempat untuk di upload pada entri ini memandangkan hari sudah lewat malam dan mata tukang tulis sudah berat. kami berharap aktiviti seperti ini akan terus dijalankan bagi memastikan bernafasnya helang merah di hati semua.
by : kak long
Prologue.
kami bukan pertubuhan rasmi bawah mana mana badan yang tertakluk kepada mana mana peraturan kecuali undang undang negara. kami bukan kumpulan kumpulan kongsi gelap yang menawarkan perlindungan dengan bayaran. kami bukan "study group" bawah mana mana senior. kami juga bukan pasukan bola jaring, bola tampar, bola sepak atau bola keranjang. jadi apa kah kami ?

helang merah hanyalah sekumpulan remaja berwawasan yang dikumpulkan dibawah satu pentadbiran sistematik yang diwujudkan semata mata atas satu objektif. sukasuka. kami tidak meletakkan sebarang syarat keahlian atau yuran bulanan, mahupun tahunan. setiap seorang daripada kami mempunyai satu persamaan yang menjadikan kami sebuah badan bukan kerajaan yang utuh ; kami suka bersukaria :D

sejak akhir 2009, helang merah telah aktif beroperasi mencari kesukariaan di sekeliling kawasan universiti kami. secara tiba tiba, kumpulan yang ditubuhkan dengan objektif mutlak untuk sukasuka telah berubah menjadi sebuah keluarga, atau yang kami termakan sebagai brotherhood.kebajikan setiap ahli kami menjadi tanggungjawab kami bersama.

dari mana helang merah mendapat namanya?

HAAAAAAAAAAAAAAA. itu takboleh bagitahu. kerana hanya kami yang tahu. dan kami takmahu anda tahu.

pengasas kepada kumpulan ini adalah khairul firdaus (moga) dan fikri osman.setakat penulisan ini, helang merah mempunyai 16 orang ahli dan semakin berkembang.


"TOGETHER WE STOOD, AS ONE BROTHERHOOD."



ruangan ini dicipta sebagai jurnal sukaduka perjalanan kami, dan untuk dikongsi kepada ahli, mahupun bukan ahli. mana tahu, jadi inspirasi.kan? buat novel ke.helang merah the movie ke. siapa tahu kan ? haha.

by: kak long.