Create your own banner at mybannermaker.com!
:::WELCOME TO HELANG MERAH OFFiCiAL WEBSiTE:::
Chapter 1
Helang Merah sedang melalui tempoh hiatus diamana kami kurang menjalankan aktiviti luar tanpa permit macam selalu. Hal ini disebabkan oleh kekurangan idea dan kekurangan kudrat untuk bersuka ria. Syllabus subjek subjek sem ini yang susah dan payah merupakan antara faktor sampingan lain yang menghalang kami melakukan aktivit keluarga. Jadi saya ingin berkongsi antara aktiviti sukaria kami, bersama.

Antara tempat yang paling banyak menjadi port untuk lepak adalah kedai makan. hampir semua kedai makan di taman maju telah kami terokai. bagi kami, tempat makan yang hebat adalah penting bagi menghasilkan pengisian perbualan yang mantap. kami always makan sekali. penting tu. bagi menjamin ukhwah yang padu. perkongsian hasil tembakau adalah perkara normal. lu kedekut dengan gua, gua kedekut dengan lu dua kali ganda ; merupakan polisi kami. namun helang merah belum lagi ada family member yang kedekut. helang merah kan best :D




seterusnya, ada antara kami yang mempunyai hobi hobi hebat seperti memancing yang dibawa kesini. selalu lah juga budak budak ni pergi geledah sumber air di tronoh ni dan mendapat hasil hasil yang seronok dilihat. kalau lumyan, makan besar lah kamiii. kan mail ? :D



kami juga bnyak meluangkan masa ditempat snooker sebelah universiti kami. bangunan tersebut didirikan, kurang 200 meter dari pintu depan utp. adalah satu pembaziran yang padu kalau pusat snooker itu tidak digunakan sepenuh oleh kami, yang duduk sebelah aja ni. selalunya kami kesana dalam seminggu sekali. sampai yang tak reti main pun jadi power gile. nge.

kadang kadang kami ada meluangkan masa di tempat gokart kat setiawan tu. walaupun kami semua tahu kami akan dibantai ayub lagi dan lagi, kami belum muak lagi. sekadar suka suka. jarang juga buat. tapi seronok lah.

lagi satu aktivit yang dah semakin jarang kami lakukan adalah karaoke. ramai antara kami yang mempunyai bakat terpendam luar biasa yang sudah muak dipendamkan. disinilah tempat kami bermadu asmara dengan mic dan melontarkan vokal vokal menakjubkan bagi memuaskan hati. juga dekat dengan universiti kami .


bagi mengurangkan rasa rindu pada bilik karaoke, kami menumbuhkan hard rock cafe kami sendiri.juga termaktub dalam antara aktiviti masa lapang kami.



selain daripada tempat tempat lepak yang selalu , antara tempat tempat menarik di sini yang telah kami lawati ialah;

air terjun ulu chepor, chemor. tak boleh nak cerita sebab tukang tulis tak pergi. pffft.

teluk batik. for some reasons, aku takjumpa gambar. cis.

the lost world of tambun.


ada banyak lagi aktiviti yang telah kami jalankan tapi tak sempat untuk di upload pada entri ini memandangkan hari sudah lewat malam dan mata tukang tulis sudah berat. kami berharap aktiviti seperti ini akan terus dijalankan bagi memastikan bernafasnya helang merah di hati semua.
by : kak long