dalam perjalanan kami menempuh alam dewasa, banyak suka duka gelak ketawa hilai mengilai dan tacing menacing yang kami lalui. namun memandang kan 97% daripada ahli HM adalah lelaki, sesi terapi, atau yang lebih dikenali sebagai luahan perasaan adalah jarang sekali diadakan. maka adalah antara kami yang menyimpan duri duri selumbar segala dalam hati hati sendiri. saya sebagai wakil HM ingin memohon maaf kepada mana mana antara kita yang ada berkecil hati dengan siapa siapa antara kita dalam mana mana acara tak kira kecil atau besar. kita tak perlu tunggu hari raya untuk minta maaf. bila bila pun boleh. jadi penulis pilih hari ini. sebab sekarang tengah hujan, dan sejuk sejuk ni, ditemani oleh toto hijau yang suam ni, rasa macam sesuai pula untuk minta maaf.
yang keduanya, kami ahli ahli HM akan mengambil ujian 1 semester 3 bermula khamis ini. penulis ingin menyampaikan ucapan selamat kepada semua yang akan turut sama mengambil paper ini. sama ada suka atau tidak, lumrah seorang pelajar ; dimana ada universiti, disitu ada kertas periksa. jadi sama sama lah kita beraksi di dewan periksa dan membuktikan bahawa kumpulan pelajar yang suka bersukaria juga mampu bersukaria dengan resultnya. good luck semua !
yang paling hensem di alam semesta,
kak long/kak cik/intanpayung/faiqah.
:)
2 comments:
im sory evrybdy....
but which part im doing wrong?
so sory.(kaklong...cmtu er?)
hensem kah ???...uhuks3....
Post a Comment